Sotong Ketuk Serai

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Lengkuas
  • Sos ikan 

Cara Memasak 

  • Bersihkan sotong. 
  • Masukkan air ke dalam periuk. 
  • Masukkan bawang merah & bawang putih yang siap dimayang kedalam periuk. 
  • Masukkan lengkuas yang dihiris nipis berserta serai yang diketuk ke dalam periuk.
  • Tunggu sehingga air mendidih kemudian masukkan sotong. 
  • Biarkan selama 3 minit, masukkan garam & sos ikan. 
  • Sedia untuk di hidang!

Salad Telur


Bahan-bahan

  • Telur
  • Lettuce 
  • Capsicums 
  • Serbuk Blackpepper
  • Thousand island 
  • Coleslaw 

Cara Memasak

  • Telur direbus & dibuang kulit. Dipotong slices. 
  • Potong capsicums. 
  • Masukkan salad, capsicums & telur le dalam mangkuk. 
  • Taburkan serbuk blackpepper kedalam mangkuk. 
  • Curahkan thousand island & coleslaw ke atas semua bahan di dalam mangkuk. Sedia untuk dimakan!

Masak Lemak Labu


Bahan-bahan

  • Labu
  • Santan
  • Ikan selayang
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lada hitam

Cara Memasak 

  • Labu dipotong dadu. Jangan potong terlampau kecil untuk elakkan mudah hancur. 
  • Ikan selayang direbus & dibuang tulang.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah & lada hitam.
  • Masukkan isi ikan selayang & tumbuk bersama bahan di atas. 
  • Masukkan santan ke dalam periuk & kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan semua bahan tumbuk tadi & kacau sebati. 
  • Masukkan labu & biarkan sehingga empuk.
  • Masukkan garam secukup rasa. Sedia dihidang. 

Macaroni Aglio Olio


Bahan-bahan

  • Macaroni 
  • Udang
  • Bawang putih l
  • Lada benggali
  • Serbuk black pepper
  • Kiub ayam

Cara Memasak

  • Rebus macaroni (10-15 minit) masukkan garam satu sudu. Angkat & toskan. 
  • Tumiskan bawang putih yang sudah dimayang.  Masukkan kiub ayam & sedikit air. Biarkan seketika. 
  • Masukkan udang yang siap dibuang kulit, gaul & biarkan selama 3 minit. Masukkan serbuk black pepper bersama garam. 
  • Masukkan macaroni & gaulkan sehingga sebati. Sedia untuk dihidang. 

Penang 3D Trick Art Museum.

Short trip ke Penang – 3D2N. Bawak kids ke Penang 3D Trick Art Museum. Bukan main excited & seronok diaorang. 😉 

Sedikit info mengenai Penang 3D Trick Art Museum :

Lokasi : Lebuh Penang, Georgetown

Waktu operasi : 9pagi-6petang

Bayaran masuk : Dewasa (MY Kad) RM15,  tanpa MY Kad RM25. Kanak-kanak (MY Kid) RM10, tanpa MY Kid RM15   








Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv