Anugerah Terbaik Oktober 2011

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillah buat pertama kalinya dibukakan hati untuk memiliki blog sendiri dan juga dengan penuh nekadnya memulakan perniagaan secara lebih agresif dan pemasaran secara atas talian (online marketing). Sebagai muqaddimah, terutama sekali dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan keberkatan rezeki untuk memulakan blog dan perniagaan, diberikan kesempatan masa untuk menulis dalam kesibukan urusan rumah tangga, diberikan nikmat kesihatan untuk memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya, isteri kepada kekanda suami tercinta dan ibu kepada anak-anakanda tersayang.

Bersempena mencecah lagi segenap usia pada 7 Oktober 2011 (semalam), maka tiada yang lebih bermakna dalam sambutan ulang tahun kelahiran selain ditemani suami dan anak-anak yang sentiasa memahami dan memberi galakan dalam setiap keputusan penting kepada momentum perjalanan keluarga kami. Anugerah atau hadiah terbaik pada tahun ini begitu istimewa dan berada sedekat-dekatnya sentiasa sepanjang masa. Set lengkap Pakaian Dalam Pembentukan Badan Premium Beautiful (Premium Beautiful Foundation Lingerie) yang terdiri dari Coli Panjang (Long Brassiere), Bengkung Pinggang (Waist Nipper) dan Seluar Dalam Panjang (Long Girdle) atau lebih dikenali dan akan disebut selepas ini sebagai Korset Premium Beautiful (Premium Beautiful Corset). Kehebatan dan keberkesanan tidak putus-putus dapat dirasai di saat mula memakainya hingga sekarang dan masih menanti keberkesanaan peringkat seterusnya kerana baru sehari berpengalaman. Sungguh bersemangat dan menakjubkan!

Ingin juga diketengahkan di sini individu-individu yang memberi inspirasi dan semangat untuk memulakan CIKSITIWANKEMBANG.COM ini iaitu kekanda suami tercinta TATZ, Ekin Rashid dan Adibah Karimah Abdul Majid serta seorang insan yang telah saya ikuti semenjak beliau berada di menara gading lagi dan sehingga kini menjadi antara selebriti dan usahawan wanita Premium Beautiful terkenal dan berjaya iaitu Hanis Haizi. Ke semua ini akan disentuh dengan lebih lanjut satu-persatu selepas ini. Alhamdulillah bersyukur sekali lagi kerana sempat mencoret sedikit warkah permulaan sebagai pembuka tirai CIKSITIWANKEMBANG.COM.

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anugerah Terbaik Oktober 2011”

  1. Arisya Aariz says:

    Mama! Dah bui makan blom Kijang kite kat blakang rumah tu? Hehe! :D

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv