Crown Diamond Manager Hanis Haizi

Sewaktu melakukan carian rambang di Google sekitar tahun 2005, buat pertama kali saya singgah ke blog dan fotopages Hanis Haizi. Ketika itu Hanis Haizi berada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan kalau tidak silap saya juga baby Hariz masih berada di dalam kandungan ketika itu. Tanpa disedari, bermulanya saat itu, saya menjadi salah seorang pengunjung atau pembaca dalam diam (Silent reader or follower) babyhariz.blogspot.com dan seterusnya h0n3yt0th3b33.blogspot.com.

Di sinilah bermulanya kekaguman dan lambakan inspirasi melihat kepada pendapatan Hanis Haizi mencecah empat hingga lima angka sebulan dalam masa yang singkat selepas menyertai Premium Beautiful. Siap berjaya memiliki BMW lagi! Beliau terus memecut dengan pantas ke depan sehingga kini tersohor di bumi Malaysia dan sesiapa sahaja boleh melihat pencapaian serta kejayaan beliau di hanishaizi.com.

Walau agak terlambat (memang terlambat sangat-sangat sebenarnya), namun dengan doa, istikharah, keyakinan, nekad, modal dan restu dari suami, berkebetulan pula dengan Pembentangan Bajet 2012, diharapkan segala perancangan kami dan keberkatan rezeki dari Allah SWT dapat kami kecapi kenikmatan dalam peningkatan taraf ekonomi dan kesihatan bersama Premium Beautiful! Insya-Allah!

Sumber gambar: hanishaizi.com

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Crown Diamond Manager Hanis Haizi”

  1. Zu says:

    Terjelepuk disini ketika mencari sumber isi keberkatan rezeki. Semoga berjaya!!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv