Air Bilasan Beras

Wajah Putih Berseri:

Gunakan air bilasan beras yang kedua atau ketiga. Sapukan ke seluruh muka setiap hari (setiap kali membasuh beras) dengan selawat sebanyak tiga kali. Niatkan dengan nekad di dalam hati tanpa ragu supaya dikurniakan wajah putih berseri dengan nur dari Allah SWT.

Insya-Allah berkat amalan selawat, niat dan doa yang dipanjat setiap hari dan istiqamah sentiasa, kulit wajah kita akan lebih putih dan berseri, menjadi penyejuk kepada yang memandang terutama kepada suami dan anak-anak, terhindar dari mereka yang memandang dengan niat tidak baik serta tidak menyenangi kita.

Menurunkan Suhu Badan:

Gunakan air bilasan beras yang kedua atau ketiga. Rendamkan tuala kecil dan diperah air sekadar tidak menitis ketika diangkat tuala, lipat dan letakkan di dahi atau kepala anak-anak kecil yang demam sebagai langkah awal menurunkan suhu panas badan ketika demam.

Penyedap Masakan Tom Yam:

Sekiranya kita pernah merasai masakan Tom Yam yang sedap di mana-mana restoran atau warung, pasti tidak lari dari kuahnya yang keruh dan berkeladak. Antara ramuan dan campuran yang dimasukkan di akhir penyediaan biasanya santan atau susu pekat. Tidak ketinggalan juga ada yang memasukkan air bilasan beras sebagai ganti kedua-duanya.

Ketiga-tiga petua di atas telah diamalkan sendiri sekian lamanya dan alhamdulillah tidak pernah menghampakan selagi keyakinan serta niat sentiasa kita pelihara dan jitu kerana Allah Ta’ala. Bermula saat ini juga, dengan penuh keikhlasan, saya ingin berkongsi beberapa lagi petua mujarab yang telah diamalkan dan terbukti keberkesanannya untuk manfaat kita bersama.

 

Sumber Petua: Paduka Bonda YM Tengku Chik Tengku Ibrahim & Kekanda Suami
Sumber Gambar:  Flickr – Umamimart

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Air Bilasan Beras”

  1. Pok Jak says:

    Buat siram pokok pun jadi gak ni sebagai baja.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv