Lendir Daun Bunga Raya Putih

Demam Malam

Selain petua air bilasan beras dari artikel sebelum ini, biasanya tiap kali anakanda Arisya atau Aariz demam, saya akan memetik sekitar 7 helai daun bunga raya putih (terkenal dalam perubatan tradisional) diramas bersama sedikit air sehingga keluar lendir. Air berwarna hijau yang terhasil dipastikan tidak terlalu pekat. Celup dan takung sedikit air ramasan tadi di tapak tangan, sapu bermula dari atas dahi hingga ke belakang kepala berulang kali. Lebihan air lendir daun bunga raya ini biasanya hanya bertahan semalaman dan perlu digunakan daun lain untuk kegunaan hari berikutnya kerana baunya mungkin sedikit kurang menyenangkan.

Arisya & Aariz biasanya hanya panas badan di waktu malam dan seperti tiada demam langsung di siang hari. Sekiranya rawatan awal bagi menurunkan suhu panas demam di waktu malam tidak menunjukkan sebarang kesan keesokkan harinya baru la di bawa untuk dirujuk ke klinik. Hanya ketika tiada atau lupa untuk memetik daun bunga raya putih ini baru la digunakan air bilasan beras. Sekiranya tiada daun bunga raya putih, daun bunga raya biasa juga boleh digunakan.

Melebatkan Rambut

Antara kesan yang akan dilihat dengan cepat setiap kali sapuan air lendir daun bunga raya ini disapu selama dua hingga tiga hari secara terus ialah rambut akan lebih lebat. Juga bagi mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut, boleh jugak diamalkan petua ini. Arisya di awal usianya mempunyai rambut yang amat halus dan kadang-kadang kelihatan tidak berambut dari jauh. Berkat kesabaran sapuan air lendir daun bunga raya setiap kali Arisya panas badan dan kuasa penawar dari Allah, secara tidak langsung Arisya kini mempunyai rambut yang lebih lebat dan kukuh ketika diikat.

Sumber Petua: Paduka Bonda Tengku Chik Tengku Ibrahim
Sumber Gambar: Wikimedia – White Hibiscus

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv