Kunyit

Alhamdulillah tanpa disangka-sangka dalam kesibukan harian berkesempatan juga berkongsi petua seterusnya yang ketiga iaitu penawar bagi selsema. Orang Kelantan biasa sebut “kunyik iduk” atau kunyit hidup iaitu akar kunyit yang masih segar.

Kalau sebut kunyit saje kadang-kadang kita akan terbayangkan kepada serbuk kunyit. Jadi, yang ni pon tak pernah missed, tiap kali anak-anak saya selsema terutama yang meleleh air hidung (hingus tu), nah, segera lah tumbuk kunyit sehingga jadi pes, campurkan sedikit minyak zaitun kemudian tampal ajer atas ubun-ubun anak tu. Insya-Allah hingus akan lebih nipis, dan berhenti meleleh serta memudahkan anak-anak bernafas.

Sumber Petua: Paduka Bonda Tengku Chik Tengku Ibrahim
Sumber Gambar: 123RF

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv