Kelantan Darul Naim

Dinar Emas Kelantan

Bagi yang cintakan dan berminat dengan Kelantan pasti akan menyebut Negeri Cik Siti Wan Kembang atau Serambi Mekah serta memberikan pandangan dan jolokan yang baik-baik. Tapi tidak kurang ada yang allergic dengan Kelantan pula akan memberikan persepsi yang buruk terutama sebagai negeri yang mundur dan miskin. Benarkah? Pasti yang memberikan persepsi negatif itu mempunyai kepentingan sendiri dan bukan menyatakan kebenaran dan hakikat sebenar seperti mana yang dilihat dari ilmu dan kepakaran mereka yang berada dalam dunia perniagaan dan pemasaran.

Sebelum melakukan perbandingan antara negeri-negeri lain, perlu dilihat sama keluasan negeri dan jumlah penduduk yang ada. Statistik yang dikeluarkan juga tidak semestinya melambangkan keadaan, suasana dan kehidupan sebenar rakyat sesebuah negeri. Kiranya benar sebagaimana yang dikata Kelantan sebuah negeri yang mundur dan miskin, mana mungkin bank-bank antarabangsa seperti Al-Rajhi Bank dan Kuwait Finance House membuka cawangannya di Kota Bharu, Kelantan?

Kenapa cawangan franchising seperti 7-Eleven, McDonald, KFC, Marrybrown, Pizza Hut, Guardian, Watson telah berkurun lamanya wujud dan bercambah-cambah di Kelantan? Cawangan lain seperti Reject Shop, Secret Recipe, Chicken Rice Shop, Big Apples, Kenny Rogers juga membuka cawangannya di Kelantan. Pasaraya besar seperti TESCO, Giant, Parkson juga berada di Kelantan selain pasaraya lain seperti Mydin Mall, KB Mall, Billion, Pacific, The Store dan lain-lain.

Hotel-hotel besar bertaraf lima bintang seperti Renaissance telah wujud sekian lama, hotel-hotel berprestij lain seperti Grand Riverview, New Pacific, Hotel Habib (Habib Jewels) bahkan Tune Hotel juga telah memulakan operasinya di Kota Bharu. Gila ke ape diaorang ni datang ke negeri miskin dan mundur? Agak-agak penyelidik pemasaran dan ekonomi diaorang ni sekolah tak tinggi kot?

Di sini sebenarnya menggambarkan wujudnya satu kuasa membeli yang besar di Kelantan. Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai bajet yang terhad tapi rakyatnya berduit dan selesa dengan apa yang ada di sini. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kita akan dapati lambakan kemasukan pengunjung ke Kota Bharu untuk membeli-belah terutamanya mereka dari Selatan Thailand dan Utara Terengganu (Besut & Jertih) dan tidak ketinggalan mereka dari Kuala Terengganu sendiri. Kerana untuk berkunjung ke pusat membeli-belah bertingkat-tingkat yang besar di Kuantan mungkin lebih masa perjalanan berbanding ke KB Mall (Pacific), Kota Sri Mutiara (Billion) atau Kota Bharu Trade Center (Parkson) yang juga berkonsepkan pusat membeli-belah bertingkat-tingkat penuh dengan pelbagai butik berjenama. Ada juga mereka yang lebih gemar berkunjung ke Zon Bebas Cukai seperti di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur atau ke pasar integrasi seperti Wakaf Che Yeh!

Cukup setakat ini dahulu sebagai gambaran awal. Ingin saksikan Kota Bharu secara dekat, Insya-Allah saya akan luangkan masa bersama keluarga untuk menyampaikan kepada pengunjung CIKSITIWANKEMBANG.COM secara bergambar mercu-mercu tanda yang berada di Kota Bharu khususnya.

Sumber Gambar: Dinar Dirham: 1 Dinar Membawa Perubahan

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kelantan Darul Naim”

  1. Bolok says:

    Untuk membaca sejarah Kelantan yang takde dalam buku teks, boleh berkunjung ke http://berbolok.blogspot.com

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv