Apa Saya Jual?

Bisnes apa yang Husna join ni? Apa yang Husna jual kat blog tu? Bermacam-macam persoalan yang masuk ke inbox SMS sejak blog ini diwujudkan. Sekali lagi sebagai pengenalan (dulu mukaddimah) tentang blog ini secara terus terangnya adalah untuk mengetengahkan dan mempromosikan produk jualan saya iaitu Set Pakaian Dalam Pembetukan Badan Premium Beautiful (Premium Beautiful Foundation Lingerie) a.k.a Premium Beautiful Corset / PB Corset dan juga Telekung Solat Wanita Aira Khadija yang telah saya jalankan secara offline sebelum ini.

Jadi, beberapa entry selepas ini akan menyentuh secara terperinci satu persatu produk yang tentunya hanya yang terbaik dari CIKSITIWANKEMBANG.COM. Sementara menantikan stok terbaru telekung solat wanita sampai, jadi Premium Beautiful Corset akan diketengahkan dahulu. Terima kasih diucapkan kepada Puan Suriana Diana pemilik Elfgy Beaute Maison (AVON Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan) di atas kesudian meminjamkan cik patung (mannequin) siap boleh menyala lagi sebagai model Premium Beautiful Corset ini.

Sesi amik gambar dah selesai! Jadi bersedialah untuk entry seterusnya! Kepada yang berada di sekitar Pengkalan Chepa atau Kota Bharu yang nak rasa aura Premium Beautiful Corset ni, boleh call untuk peluang mencuba! Hanya Coli Panjang (Long Brassiere) dan Bengkung Pinggang (Waist Nipper) sahaja yang disediakan untuk cubaan. Peluang terbaik! Tapi AWAS! Sekali cuba rasa tak nak bukak!

Sumber Gambar: KingdomCitizenship

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv