Waist Nipper (Bengkung Pinggang)

Siri kedua dalam Premium Beautiful Corset ialah Waist Nipper atau Bengkung Pinggang merupakan siri dan item yang istimewa kerana juga boleh dipakai oleh lelaki! YA! LELAKI!

Cik Abe (Suami) saya pun pakai sejak dua minggu yang lepas (dah mintak izin nak beritahu ni) dan beliau sendiri amat berpuas hati kerana selain dari perutnya yang semakin flat, katanya juga hilang sakit pinggang (banyak duduk depan komputer) yang sebelum ni membawa kepada sukar untuk tido nyenyak dan kadang-kadang sukar bernafas ketika tidur.

Alhamdulillah sejak mengenakan PB Waist Nipper ni katanya lagi tidur super nyenyak di sebelah malam (memang nyenyak pun), lebih cergas untuk bangun awal pagi (ngelap kereta la tu), memudahkan duduk tahiyat akhir dalam solat (diakui makmumnya yang taat setia) dan lebih tegap ketika berjalan / duduk bersila. Bab perut tu tak payah cerita la, start pakai ajer terus diintainya kemeja-kemeja yang selama ni ketat di perut.

Beliau selalu berkata, patut la Rasulullah dan sahabat pernah ikat perut dengan anak-anak batu dalam ikatan kain yang kemas, rupanya memang TAK LAPAR!

Tapi beliau selalu beringat untuk bersarapan awal dan sekurang-kurangnya makan juga nasi walau sepinggan sehari. Dari laras pertama cangkuk (hook) pada hari pertama terus ke cangkuk terakhir (ketiga) pada hari ketiga, kini beliau memperkemaskan lagi ikatan (perut dah banyak kempis) yang sedia ada di PB Waist Nipper ni.

Sorry banyak bercerita pasal suami, sebab beliau yang begitu excited tentang PB Waist Nipper ni dan testimonial ini ikhlas dari beliau yang kini bleh dikatakan tak keluar rumah tanpa PB Waist Nipper.

Katanya lagi, walaupun kempis sedikit demi sedikit, maklum la katanya pakai PB Waist Nipper ni saiz kedua paling besar, sekurang-kurangnya serta merta boleh cover perut yang ke depan ni. Keyakinan beliau lebih terserlah ketika menghadiri program keramaian atau majlis-majlis rasmi dan tidak segan memberitahu rakan-rakan bahawa beliau mengenakan PB Waist Nipper bagi yang bertanya perut nampak kempis.

Pengalaman saya pulak?

Bagi saya sendiri pula, pertama sekali tiada yang lebih menggembirakan melihat suami gembira kebelakangan ini dan dalam waktu yang sama dapat sama-sama merasakan aura PB Waist Nipper yang saya pakai. Dengan kelahiran dua cahaya mata, walaupun tanpa stretch marks (akan dikongsikan petua ketika hamil) tapi tetap ada lebihan lemak di bawah kulit yang sukar dihilangkan. Pernah mencuba beberapa jenis dan jenama corset lain sebelum ini, namun menghampakan.

Alhamdulillah diketemukan dengan Premium Beautiful dan sekali lagi bersyukur dengan kuasa dari Allah saya sendiri dapat lihat dan alami kesannya. Perut menjadi semakin kemas dan lebihan lemak di bawah kulit berkurangan walau hanya dua minggu pakai!

Info Dari Rakan Kongsi Premia Cantik:

  • Tetulang memori berfungsi untuk membantu masalah tulang belakang seperti bongkok, slip disc, sakit pinggang dan pengaliran darah.
  • FIR paling kuat didapati pada tetulang bengkung.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita terutamanya selepas bersalin.

Info Dari Syarikat:

  • Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
  • Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
  • Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
  • Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
  • Rekaan tiga pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

Kepada yang berminat, tapi kurang yakin, atas inisiatif sendiri, saya menyediakan dua set sample saiz kecil dan besar untuk dicuba! Jangan lepaskan peluang ini.

Hubungi Husna: 019-9583377

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Waist Nipper (Bengkung Pinggang)”

  1. Puteri Lilin says:

    ni berapa rial sor

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv