Gomo Dan Peteh

Merupakan entry tergendala yang sepatutnya disiarkan lebih awal. Cuma menantikan masa sesuai untuk dipaparkan di sini.

Piala Malaysia 2011 telah pun berlalu dengan menyaksikan kejuaraan di tangan Negeri Sembilan.

Tapi bukan juara Piala Malaysia yang ingin saya highlight tapi perlawanan suku akhir Piala Malaysia melibatkan dua pasukan gergasi Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Suasana perlawanan kedua-dua pasukan ini sentiasa tegang kebelakangan ini, maklum la orang Pantai Timur di walaupun biasa disebut sebagai bersopan santun namun tak kurang juga Gedebe dan Nelang nya.

Sebagai pacal didik Kelantan tentunya sokongan saya adalah 100% kepada Kelantan. Dalam masa yang sama, Encik Hubby yang berasal dari Terengganu pula tentunya 100% menyokong Terengganu. Ditakdirkan kedua-dua pasukan ini bertembung dalam satu perlawanan.

Kedua-dua kami bukanlah peminat sukan yang tegar atau sentiasa mengikuti perkembangan, tapi tempias dari pacal kekanda lain yang begitu gilakan bola maka jarang kami melepaskan peluang bila dah masuk peringkat-peringkat terakhir kalah mati dalam perlawanan.

Nah! Kami la penyokong pasukan Kelantan & Terengganu paling aman. Sama-sama menyaksikan dari satu kaca tv, bersama-sama anakanda Arisya & Aariz, dan tidak ketinggalan Ultimate Cheesy 7, Hawaiian Supreme, Deli Wing & Mushroom Soup. Thank to Encik Hubby yang menyediakan santapan, macam tau-tau ajer Terengganu dia yang menang.

Namun tiada rezeki kedua-dua pasukan kerana akhirnya Piala Malaysia berjaya direbut oleh Negeri Sembilan. Final Piala Malaysia ditonton dengan lebih ramai termasuk anak-anak saudara yang bermalam di teratak kami tempoh hari.

Hari Raya Aidil Adha 1432H / 2011

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Surah Al-Kawthar : Ayat 2

Aidil Adha yang menjelang insya-Allah seperti biasa akan berada di rumah mertua di Kuala Terengganu. Justeru di kesempatan yang ada ni, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada sahabat-sahabat yang setia mengikuti CIKSITIWANKEMBANG.COM khususnya dan kepada yang singgah membaca secara amnya serta seluruh umat Islam. Kepada yang mengambil bahagian dalam korban tahun ini, selamat berkorban. Kepada jemaah haji yang berada di Mekah, semoga mendapat haji yang mabrur.

Sumber Gambar: DPPWP

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv