Amalan Memudahkan Kelahiran

Musim cuti sekolah ni amat sinonim dengan musim kenduri kahwin. Banyak jemputan diterima. Rasanya macam ada lagi jemputan yang bakal diterima. Maaf mana-mana yang tak dapat dipenuhi undangan sebelum ini, ada yang jauh sangat, ada pula yang dekat tapi cuaca tak mengizinkan.

Satu lagi fenomena ajaib, hujung dan awal tahun ni jugak ramai kenalan yang baru hamil, tengah sarat dan ada juga yang dah nak bersalin. Atas beberapa permintaan, dan ada juga permintaan yang berulang, maka ingin saya kongsikan di sini satu amalan yang mustajab untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang hamil bagi memudahkan kelahiran.

Amalan ini diberikan oleh pacal kekanda Nabilah sebaik sahaja mendapat khabar yang saya dah mula hamil! Bukan sekarang ni, tapi beberapa tahun yang lepas. Iaitu kandungan pertama saya dulu. Amalannya mudah dan juga senang diamalkan serta tiada sebarang pantang larang. Yang paling penting tentulah mendapat pahala dari zikir kepada Allah.

 

Amalan Zikir Harian:

Doa Selepas Solat:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, peliharalah anakku selama mana berada dalam kandunganku dan sembuhkanlah ia. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan sembuhan Engkau. Ya Allah, jadikanlah ia sihat dan sempurna, cerdik dan berakal. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan selamat. Elokkanlah akhlaknya, fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.

Amalan ini diterima seadanya sebagaimana di atas dan jangan pulak nanti ada yang bertanyakan dari kitab mana dan sebagainya. Tak dapat makcik nak menjawab! Alhamdulillah selama mengamalkan zikir dan doa di atas, saya dapat melalui dua proses kelahiran yang dipermudahkan oleh Allah SWT. Seeloknya amalan zikir ini sentiasa meniti dibibir atau terdetik di hati hingga ke saat melahirkan anak. Bagi doa pula, memadai setiap kali selesai solat 5 waktu.

Kepada pengunjung yang duk intai entry terbaru, maaf agak kesempitan masa untuk menaip walau bermacam idea nak dimasukkan. Kini dipinjamkan Allah SWT 3 orang anak tambahan (anak saudara) sementara kedua-dua Baba & Umi mereka berada di Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah dapat juga menimba pengalaman menguruskan anak-anak yang lebih besar, serta penyediaan dan pengurusan harian yang lebih dari biasa.

Bagi yang bertanyakan tentang air selusuh, berdasarkan pengalaman saya yang sedikit, disarankan supaya dibuat solat hajat sendiri atau bersama suami serta disimpan air solat hajat tersebut untuk diminum apabila contraction bermula dan dibawa bersama untuk diminum hingga ke wad bersalin. Kalau emergency sangat nak dapatkan atau malas nak buat, di pusat-pusat rawatan rohaniah / Islam ada menjual air selusuh / minyak selusuh yang siap dibuat. Tapi lagi elok kalau dibuat sendiri.

 

Sumber Gambar: MuslimMums

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv