Mengidam Punya Pasal

Teringat semasa mengandungkan Arisya dulu, punya la mengidam nak makan di Kenny Rogers, terpaksa la Encik Hubby drive ke Berjaya Megamall, Kuantan dari Kota Bharu semata-mata nak membedal Kenny Rogers.

Rasa sedapnya makan masa tu sampai sekarang takde tandingan walau order semua menu sekaligus pon depan mata sekarang ini. Bab mengidam ni susah nak kata, rasanya pakar-pakar psikologi dan perubatan pon macam-macam pendapat keluar pasal mengidam dan alahan. Yang pelik lagi, ada sesetengah kes kadang-kadang berjangkit kepada suami.

Kandungan kedua si Aariz, mengidam pulak nak cookies Famous Amos dalam talam yang belum dipekkan. Itupun dah masuk bulan-bulan terakhir kandungan. Dua tiga kali ke airport Pengkalan Chepa beli jugak yang dah siap dipekkan tapi makin menjadi-jadi pulak mengidam nak yang dalam talam tu. Pernah jugak dikirimkan dari KL oleh anak saudara yang pulang bercuti tapi hasilnya tetap sama. Disebabkan kandungan dah sarat dan Encik Hubby pon tiada kesempatan masa untuk travel ke Kuantan lagi sekali maka lahirlah Aariz sampai meleleh-leleh air liur. Ahaha! Kenalan yang datang menjenguk semasa dalam pantang semua bertanya, mengidam apa yang tak tertunai sampai Aariz meleleh air liur. Ni satu lagi fenomena tak tertunai hajat semasa mengidam. Tapi semua itu kuasa Allah. Orang-orang tua pulak biasanya bercakap berdasarkan pengalaman. Perkara-perkara sebegini sebenarnya memeriahkan lagi kehidupan bagi kita umat Islam yang sentiasa menyandarkan sesuatu perkara itu adalah ketentuan dari Allah.

Kini Famous Amos pon dah ada di KB Mall. Kenny Rogers pon dah ada di Kota Bharu sejak wujudnya TESCO. Pembangunan di Sireh Valley amatlah pesat dengan deretan bangunan kedai di sekeliling TESCO serta pusat transit di Terminal Bas Lembah Sireh. Satu deretan panjang di tepi sungai diambil sepenuhnya oleh Masterskill College of Nursing & Health. Sekali lagi membuktikan adanya pasaran ekonomi dan kuasa membeli yang besar di Kelantan. Cerita tentang TESCO ni, teringat lagi di dada akhbar bahawa jumlah jualan TESCO pada hari minggu (Jumaat & Sabtu) di Kota Bharu melebihi RM1 Juta sehari dan berbezanya Kelantan antara cawangan lain adalah pembeli di sini menggunakan tunai berbanding kad hutang! Nah! Kelantan miskin ke? Walau dengan kehadiran pemain gergasi seperti TESCO dalam rangkaian borong ini, namun pasaraya-pasaraya dan peniaga-peniaga kecil lain tetap teguh dan sama-sama menumpang tuah. Tak terdengar sebarang protes dan komplen serta kerjasama rangkaian sesama peniaga itu wujud dengan baik.

Bukan nak memuji TESCO, tapi fasiliti yang disediakan seperti bilik menyusu berhawa dingin dengan sofa, surau berhawa dingin di setiap tingkat dengan tempat wuduk dan ruang solat yang selesa, semua pekerja menutup aurat, kaunter bayaran lelaki, perempuan dan keluarga, dan yang terhebat kiranya ada masalah, tanyerlah mana-mana staff, semuanya akan berusaha menyelesaikan masalah dengan bersungguh-sungguh. Keistimewaan lain TESCO Kota Bharu adalah penggunaan tulisan jawi pada logo pertama seumpamanya di dunia. Inilah hikmah pembangunan yang sekata. Slow and steady. Semua pihak dapat merancang strategi perniagaan dengan teratur dan business exit strategy yang tidak drastik.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv