Hati Yang Gundah Gulana

Disember tahun ini merupakan bulan yang penuh ujian dan dugaan buat saya. Pada 14 Disember yang lalu, ibu saudara telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua.

Diikuti pula mendapat berita yang amat mengejutkan kami sekeluarga, abang ipar YB Dr Muhammad pula telah pergi buat selamanya kerana serangan jantung pada 24 Disember. Sesungguhnya kematian itu adalah PASTI!!! انا لله وانا اليه راجعون. Semoga roh mereka di cucuri rahmat.

Balik dari urusan pengkebumian arwah abang ipar, En. Hubby pula rasa tak sedap badan. Katanya rasa seperti sesak nafas (dipercayai akibat gastrik / angin). Bermacam-macam cara sudah dilakukan seperti mengurut dan melumurkan minyak angin di belakang badan, tapi tak mampu meredakan sesak nafas nya. Tanpa berlengah masa, kami terus ke rumah Dr Jamal (abang ipar) untuk rawatan selanjutnya.

Nampaknya walaupun selepas dirawat oleh abang ipar, keadaan En. Hubby masih jugak tak berubah sama macam sebelum ni. Terpaksalah kami bermalam di rumahnya in case berlaku perkara yg tak diingini (nauzubillah). Malam itu En. Hubby memang tak bleh tido kerana asyik sesak nafas dan saya hanya mampu tolong dengan mengurut belakangnya dengan minyak panas.

Selepas breakfast, kami pulang ke rumah. Keadaan En. Hubby masih tak banyak berubah seperti semlm. Sebaknya hati seorang isteri melihat keadaannya ketika itu. Alhamdulillah setengah jam kemudian barulah En. Hubby boleh tido dengan lena tanpa gangguan sesak nafas itu. Alhamdulillah ya-Allah! Sehingga ke hari ini, keadaan En. Hubby beransur pulih, cuma selera makannya berkurangan dan badan masih lagi letih dan kepala masih pening.

Hanya sekudus doa mampu dititipkan dari seorang isteri, semoga En. Hubby cepat-cepat sembuh. Luv u so much Abang!!!

Sumber gambar: http://goo.gl/d6IDV

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv