Screening Test Di Pakar Perdana

Hari ini saya telah menemani En. Hubby untuk walk-in appointment Screening Test dan rawatan di Hospital Pakar Perdana. Tiba di sana sekitar 10 pagi, selesai pendaftaran En. Hubby terus di bawa untuk ECG (Electrocardiography) test. Kemudian terus berjumpa Dr. Suhairi Ibrahim (Cardiologist). Selepas dirawat dan En. Hubby memberitahu segala isu berbangkit tentang sakit pinggang & tulang belakang, Dr. Suhairi mencadangkan supaya En. Hubby melakukan X-Ray untuk pengesahan terperinci.

Setelah mendapat keputusan X-Ray, En. Hubby dibawa pula berjumpa dengan Dr. Shamsul Kahar (Orthopaedic Surgeon). Berdasarkan result X-Ray, kata Dr. Shamsul Kahar semuanya ok dan takder masalah. Mungkin sebab body posture masa En. Hubby duduk mengadap komputer / laptop dalam tempoh yang agak lama, effect pada belakang / pinggang (punca sesak nafas). Kemudiannya En. Hubby di refer semula pada Dr. Suhairi.

Hasil dari rawatan oleh kedua-dua doktor , ECG test & X-Ray, alhamdulillah tiada sebarang sakit kronik / serius pada En. Hubby. Hanya dibekalkan pelbagai jenis ubat-ubatan yang penuh satu beg plastik kecik. Kesimpulannya, En. Hubby dinasihatkan supaya rajin-rajinlah buat stretching, jaga makan dan paling penting kena turunkan berat badannya itu! Maka dengan itu, bermula pada hari ini terpaksalah saya menjadi Dietitian kepada En.Hubby. Sehingga saat entry ini sedang ditaip, alhamdulillah keadaan En. Hubby beransur pulih dan sudah boleh melayan Arisya & Aariz bermain. Syukur alhamdulillah dan terima kasih padamu Ya-Allah!!!

Sumber gambar: http://goo.gl/kSR0L

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv