Gubahan Hantaran Perkahwinan

Cuti sekolah akhir tahun lepas, saya buat pertama kalinya dengan berani & tekad telah menerima satu tempahan untuk gubahan hantaran perkahwinan. Pengantin perempuan merupakan adik bongsu abang ipar saya. Sebelum kawin, kami boleh di katakan agak rapat sebab masing2 satu kepala. Sebab kenapa saya sanggup menggubah hantaran tersebut adalah kerana theme kaler nya adalah white+turquoise (sama sebijik theme kaler masa saya kawin dulu). Boleh camtuh? Ahahahaha… Kalau dah memang peminat tegar BIRU, inilah padahnya!

SSF Home Deco merupakan check point pertama saya shopping barang² untuk gubahan hantaran. Boleh di katakan 80% barang² di beli kat sana. Walaupon harga agak mencekik darah, tapi bagi saya it’s really worth!!! Setakat ini SSF memang tak penah mengecewakan, semua yang ada kat sana menepati taste saya yang amatlah cerewet. Total hantaran sebanyak 9 dulang. Saya memperuntukkan seminggu untuk menyiapkan kesemua 9 dulang hantaran & telah berjaya dihantar 3 hari kepada pengantin perempuan sebelum majlis perkahwinannya iaitu pada 24 Disember 2011.

Alhamdulillah, percubaan pertama saya berjaya. Pengantin perempuan sangat gembira & berpuas hati dengan hasil sentuhan saya yang semi-profesional ini. Semuanya mencapai standard & piawaian seperti yang dia harapkan. Syukur alhamdulillah… Semoga percubaan pertama ini menjadi titik tolak & batu loncatan untuk saya berjinak² di dalam bidang gubahan hantaran pula. Kepada sesiapa yang berminat / sudi menempah gubahan hantaran hasil sentuhan tangan saya, boleh telefon @ sms di talian 019 – 958 3377.

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv