Udang Harimau Masak Lemak Cili Api

Entry kali ini agak special kerana buat pertama kalinya saya menulis tentang masakan & resipi. Pagi² lagi telah ke pasar untuk membeli santan, kerana telah mendapat special request dari En. Hubby iaitu Masak Lemak Cili Api – Udang Harimau. Specialnya entry ini bagi saya kerana, ia merupakan kali pertama saya melihat (secara real), memasak & makan spesies udang harimau ini (agak sedikit JAKUN ye tuan puan!). Before this, paling besar spesis udang yang saya makan pun adalah udang galah! So, credit to En. Hubby kerana telah berjaya membeli 2 ekor udang harimau bersamaan RM10 sekor. Selepas di tolak diskaun bersamaan RM18 untuk 2 ekor.

Setelah misi membeli santan dari pasar berjaya di lakukan, dengan gigih & penuh bersemangat yang berkobar², maka bermulalah sesi memasak Udang Harimau a.k.a Masak Lemak Cili Api. Di sini saya sertakan resipi hasil air tangan saya yang tak seberapa.

Bahan-bahan A:

  • Bawang Putih (3 ulas)
  • Bawang Merah (4 ulas)
  • Cili Api (3 biji)
  • Kunyit Hidup (2 inci / Sebesar ibu jari)

Bahan-bahan B:

  • Serai (3 batang dititik)
  • Asam Gelugor (2 keping)
  • Santan Segar (250ml)

Cara Penyediaan:

  • Tumbuk bahan-bahan A sehingga lumat
  • Masukkan bahan A  & bahan B kacau sehingga mendidih (masak dengan api sederhana)
  • Apabila mendidih perasakan dengan garam & gula (secukup rasa)
  • Akhir sekali, masukkan udang harimau & dimasak selama 1-2 minit sahaja

Tips:

  • Udang jangan di masak terlalu lama untuk rasa isinya yang lebih juicy & manis dan kekalkan sebahagian kulit / kepala udang pada badannya sebagai penguat rasa
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Udang Harimau Masak Lemak Cili Api”

  1. Bali Tour says:

    Nampak sedap
    terima kasih atas recipenya :)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv