Selamat Hari Lahir Aariz

Hari ini genap 2 tahun umur anakanda yang tercinta, Tengku Aariz. Aktiviti pertama untuk besday boy ialah lunch Nasi Mandi di restoran A.M. Tarbush bersama Tok Ku. Tapi yang tak best nya Aariz boleh plak tido on da way nak gi sana. Sampai lah kami sumer siap makan, dia masih jugak dalam mode sleeping beauty nya tuh. Alahai… Besday boy Mama nih, kita punya la excited nak entertain dia, boleh plak dia tido nyenyak. Kesudahannya kami sumer yang kekenyangan makan Nasi Mandi.

Dari restoran A.M. Tarbush, terus ke kedai kek untuk mengambil kek Ultraman yang di tempah 3 hari lepas. Sampai kat sana, rupa² nya kek Ultraman tu belum siap lagi. Kalau ikut kan dalam resit, 10 pagi dah boleh ambik. Sedangkan masa sampai kat situ lebih kurang 4.30 petang. Aduhai… Camner la servis kedai kek nih. Nasib baik tempoh menunggu kek yang sedang disiapkan hanya 15 minit sahaja. Kecuaian & kesilapan teknikal yang masih boleh di maafkan.

Aariz bangun masa tengah tunggu kek, bila tengok je kek Ultraman, terus mengamuk nak makan. Sebenarnya dia excited tengok gambar Ultraman punya la besar kat kek tu. Reason saya tempah kek Ultraman sebab si Aariz ni tersangat la obses & fanatik ngan makhluk dari Jepun nih. Sebagai ibu, saya sedaya upaya cuba memenuhi & ingin gembirakan hati anak especially di hari jadi dia.

Besday gift untuk Aariz pula, saya & En. Hubby telah sepakat untuk belikan dia kasut since semua kasut yang sedia ada telah sendat & tak muat dengan kaki nya yang makin besar. Kesian pulak tengok pegi mana-mana, asyik dengan sandal yang dah fit dengan kaki. Lepas kami dah decide nak belikan kasut as a besday gift, maka 3 hari lepas misi mencari kasut telah di lakukan di KB Mall. Alhamdulillah memang rezeki kami pada hari itu, akhirnya berjaya jugak belikan Aariz kasut Adidas Disney Toy Story. Masa tuh hanya tinggal 2 saiz sahaja. Luckily saiz yang ader fit & muat dengan kaki Aariz.  Untuk makluman, selain Ultraman, Aariz juga minat kan Toy Story.

Overall, saya sangat berpuas hati dapat belikan kek Ultraman & Kasut Adidas Disney Toy Story untuk besday Aariz tahun ni. The main reason kerana 2 makhluk ini iaitu Ultraman & Toy Story merupakan karakter kartun yang amat di minati oleh Aariz.

~ Hepi Born Day Son.. Semoga Aariz menjadi anak soleh.

~ Baba, Mama & Kakak tersangat sayangkan Adik… Mmmmuaahhsss!!!!!

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv