Selera Tok Ku – Soft Launch

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dariNya, Selera Tok Ku secara rasminya beroperasi pada 1 Mac 2012. Entry ini agak lewat dipublishkan kerana dihimpit kekangan masa untuk Soft Launch & job list  yang harus dilaksanakan. Mengambil keberkatan hari Khamis & juga malam Jumaat serta tarikh 1 Mac (Senang nak ingat!). Bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar, ramai jemputan yang hadir. Paling best ader walk-in customer yang sudi singgah di Selera Tok Ku malam itu. Mereka bertuah kerana Selera Tok Ku tidak mengenakan sebarang bayaran yer! (Untuk malam itu sahaja!).


Grand Opening dan mula menerima pelanggan berbayar bermula 6 Mac 2012. Special menu Selera Tok Ku adalah Nasi Goreng Belacan Thai, Maggi Ketam Tomyam / Sup, Kuey Teow Kung Fu & Tomyam Kung (Udang Galah / Udang Harimau). Lokasi Selera Tok Ku di Jalan Padang Tembak (Sebelah Klinik Jamal & Baba Shop). Kepada mereka yang pernah ke Akademi Memandu Kotaraya & juga Balai Bomba Pengkalan Chepa, area sinilah Selera Tok Ku berada. Bagi sesi masakan panas, waktu perniagaan bermula 4:00 petang hingga 12:00 malam.

Semoga Allah permudahkan segala urusan & juga operasi Selera Tok Ku. Paling penting, semoga Selera Tok  Ku dapat menepati citarasa pelanggan yang sudi & telah berkunjung. Kami sangat berbesar hati menerima sebarang cadangan & juga komen demi memuaskan hati & kehendak pelanggan. Harga kami masih amat berpatutan dengan Nasi Goreng Biasa pada harga RM3.50 dan Milo Ais pada harga RM1.60.

Selera Tok Ku menyediakan home-delivery service kepada pelanggan yang berada dalam radius sekitar 2 km.

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Selera Tok Ku – Soft Launch”

  1. lynn says:

    Husna,

    congrats :-D

  2. ROS says:

    Saya memang peminat nasi goreng belacan…tapi sehari dua ni saya nampak Restoran macam nak tutup jer..atau pindah ke mana pulak..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv