Aizuna Versus 5 tahun

Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana genap usia 5 tahun berkongsi hidup dengan En. Hubby. Masa duk belek-belek album kawin, terasa macam baru jer semalam akad nikah. Betapa pantas masa berlalu. Banyak peristiwa & memori terlakar mengiringi perjalanan 5 tahun usia perkahwinan ini. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri (Bait-bait lagu P.Ramlee dlm cerita 3 Abdul). Begitu jugalah perkahwinan kami, ada masa pasang & surutnya. Alhamdulillah semua ujian & dugaan telah berjaya kami hadapi & atasi bersama. Mana-mana kekurangan dalam diri masing-masing cuba kami perbaiki untuk terus kuat & tabah menghadapi dugaan & cabaran pada hari-hari bakal mendatang.

Sesungguhnya sangat bersyukur & bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami, bertolak ansur, penyabar, pendengar yang setia & sangat supportive. Menjadi payung & pelindung pada isteri, juga sahabat serta teman yang boleh saya bercerita apa saja. Adanya Arisya & Aariz telah melengkapan kami sebagai satu keluarga. Terima kasih Ya-Allah di atas kurniakan ini… Semoga perkahwinan kami dilimpahi keberkatan dan berkekalan hingga ke akhir nafas. Amin…

28 Mei 2007 – 28 Mei 2012
http://user.name.my/aizuna/ (Sakinah, Mawaddah & Rahmah)

 

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv