Cuti Sekolah & Jejak Kasih

Berakhir sudah cuti persekolahan selama 2 minggu. Cuti sekolah kali ini adalah cuti yang paling saya nantikan & suka. Kenapa? Kerana sepanjang 2 minggu cuti, telah berlakunya sesi menjejak kasih dengan sahabat-sahabat lama (ex-MMP). Bayangkan ada yang sudah 15 tahun lost kontek, tiba-tiba bertemu kembali. Ada juga sahabat, Lynn yang berada nun jauh di KL telah datang bercuti di bumi Klate. Last jumpa dia masa wedding saya 5 tahun lepas.

Selama ni, kami hanya berhubung thru FB saja. Nak jumpa memang mustahil memandangkan tidak berada di dalam wilayah yang sama. Sorang di Barat,  yang sorang lagi kat Utara, sorang nun jauh di Selatan. Apa-apa berita & perkembangan terkini masing-masing hanya melalui FB saja! Nak bersms & telefon lagi la susah. Beginilah bila masing-masing ada komitmen & tanggungjawab yang wajib di laksanakan.

Alhamdulillah, dengan adanya Selera Tok Ku telah berjaya mengeratkan balik ukhuwwah & persahabatan. Siapa sangka dengan promo Selera Tok  Ku di FB berjaya menarik perhatian sahabat-sahabat untuk datang berkunjung. (Isk, ayat dah macam nak promote SeleraTok Ku la pulak!).

Point penting yang nak dihighlightkan dalam entry ni sebenarnya, saya tersangatlah hepi sebab sesi ‘jejak kasih’ bersama sahabat telah berjaya direalisasikan. Apapun terima kasih untuk mereka yang telah sudi berkunjung ke Selera Tok Ku. Tak lupa juga kepada sahabat yang telah berkunjung sebelum ini. Insya-allah panjang umur & murah rezeki kita jumpa lagi yer!

Mode: Tetiba terasa sayu… Rindukan nostalgia & zaman stadi kat MMP dulu :(

 

Sumber gambar: http://goo.gl/JR6gv

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv