Barcode

Telah ke Tesco 3 hari lepas untuk top up stock barang dapur & rumah. Sampai kat sana dah lewat around 9:15 camtuh. Masuk je dalam Tesco, terus la mencari barang-barang yang berada dalam list. (menjadi satu habit saya, akan list down barang apa yg perlu beli b4 pegi shoping= lebih kepada pelupa sebenarnya!). Masa duk melilau cari barang, terdengar announcement Tesco akan ditutup dalam masa 30 minit. Agak rushing ketika itu, nasib baik sumer list dah almost done. Tinggal 1-2 barang jer lagi nak cari & ambik.

Misi shopping berjaya di tamatkan lebih kurang pukul 10.20, lagi 10 minit Tesco nak tutup. Segera la tolak troli ke kaunter, nasib baik masa tuh orang tak ramai. Sampai turn saya, seperti biasa punggah semua barang letak atas kaunter. Abis sumer barang di scan, adik cashier pon tekan la total. Saya yang rabun (x pakai spek pon masa tuh), dengan selamba pon tanya la, brapa total? Both En. Hubby & adik cashier pon menjawab la dengan jujur sejujur nya. Total adalah RM419.20. Gulp!!! Mak aiiii, hari ini dalam sejarah shopping kat Tesco cecah sampai RM4++. Takder beli apa pon, stakat groceries & barang lain.

Oleh kerana tak nak kecoh-kecoh, customer yang baik hati ini keluarkan duit lalu membayar pada adik cashier tersebut. Kebetulan masa tuh belakang kami ada lagi 3 orang customer tengah queue nak bayar. Masa pon dah suntuk kan! Lepas jer sumbat sumer barang masuk dalam troli, En.Hubby bisik kat saya swoh re-check balik bil kut-kut ader yang tersilap. At first glance memang takder yang luar biasa kat resit tuh, lepas tengok betul-betul ternampak la satu item di mana price adalah RM259.90. Apekah????? Seingat saya, masa shopping tadi takder pulak ambik apa-apa barang yang harga cecah RM259.90.

Bila tunjuk resit kat En.Hubby terus dia suruh patah balik gi kaunter. Masa tunjuk kat customer service, rupa-rupanya yang salah key-in itu adalah mainan Ultraman Aariz! OH MY!!! Price sebenar ultraman tuh hanyalah RM12.90 sahaja! Adik cashier tersalah scan bar code rupanya. Nasib baik belum balik rumah lagi. Dapat lah balik balance yang sudah ditolak dari harga ultraman itu.

Bukan la nak berkira sangat dengan Tesco, tapi tersangat lah tidak munasabah & tidak masuk akal total dengan barang yang kami beli. Kalau takder sifat berkira, rasanya hangus camtuh je la RM259.90 itu. Macam-macam yang boleh dibuat & dibeli dengan jumlah tersebut. (Sama harga ngan wrislet Coach idaman kalbuku!!! :P)

Moral of the story, reminder for myself jugak nih, jika berlaku kejadian yang tidak masuk akal ini, silalah double check resit anda time tu jugak!!! Jangan nak delay tunggu balik umah. Jangan malu takut orang bercakap yang kita ni berkira ke apa. Sebab ini duit kita, bukan duit diaorang. Kalau setakat RM5-RM10 boleh la nak buat pejam mata & halal kan jer rite? Yang penting ini adalah hak kita sebagai customer!

Tesco memang terbaik bab customer service. Layanan baik dan professional. Ini pengalaman kedua dengan customer service Tesco. Pengalaman dulu, siap terpaksa tengok CCTV bagai :)

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv