Kelantan VS Pahang

Alhamdulillah anak buah yang sulung telah selamat diijabkabul pada raya ke-5 bersama chenta hatinya. Ini merupakan pengalaman pertama kami sebagai bapa & ibu saudara menjadi saksi perkahwinan anak buah sendiri. Pengantin merupakan cucu sulung dalam keluarga.

Trip ke Mentakab bermula pada raya ke-4 seawal 8.30 pagi secara konvoi 10 biji kereta. Perjalanan yang sangat panjang & meletihkan bagi saya yang ada anak kecil. Tiba di Mentakab lebih kurang 9 malam ( setelah melalui beberapa episod berenti makan-solat-isi minyak keta-ke tandas).

Acara akad nikah selesai pada jam 11.10 pagi dengan sekali lafaz di masjid berdekatan rumah pengantin perempuan. Lepas sesi bergambar, terus ke rumah pengantin perempuan di Taman Chatin Jaya. Tiba di sana, acara bergambar & makan beradab diteruskan. Rombongan pengiring apa lagi, terus serbu khemah makan. Perut masing-masing dah berkeroncong mintak di isi.

Untuk Abe Long (Fathi) & Aishah,

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair“

Semoga kalian setia bersama melayari bahtera perkahwinan & cepat-cepat la dapat baby! :P

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv