Klate-Pahang-KL-Penang-Klate

Sesuai dengan tajuk di atas, raya tahun ini adalah yang paling happening+penat+pecah rekod. Selesai majlis perkahwinan anak buah di Mentakab, terus bergerak ke KL secara konvoi 4 buah kereta. Sampai di KL lebih kurang 7 malam, dan dinner di restoren Wadi Hadramawt di Jalan Ampang.

Dah kenyang menjamu selera dengan nasi arab, terus bergerak untuk check in di PNB Darby Park Executives Suites di Jalan Binjai. Lepas bersihkan diri & solat, terus la tido dah kepenatan semuanya. 8.30 pagi esok nya, breakfast di Jalan Raja Muda (kalo x silap). Then terus shoot ke One Utama untuk shopping baju. (trip ke KL & Penang bkn dlm plan, last minit nyer decision) Haruslah beli baju sebab kami tak bawak baju extra! Sadis btol kan? Moral of the story, sentiasa la standy baju extra kalau nak travel.

Tiba kat OU lebih kurang 10.20 pagi, belum ramai orang, siap bleh pilih-pilih parking lagik. Keluar dari OU 3.30 petang, terus gi lunch kat rumah kakak di TTDI. Balik hotel, rest kejap then 8.30 malam dinner kat rumah kakak di Cheras Indah. 7.30 pagi keesokan hari, check out dan bergerak ke Bertam, Penang menghadiri kenduri kawin sepupu lelaki. (tinggal di Klate, bertemu jodoh ngan org Penang)

Sampai di Penang 12.30 t/hari, setengah jam kemudian terus bergerak ke rumah pengantin perempuan. Balik dari kenduri, singgah kejap kat rumah sepupu (dekat dgn tmpt kenduri). Then terus shoot ke Klate, dan selamat tiba pada 11.30 malam. Itu sahaja cerita raya saya untuk tahun ini. Tersangat penat tapi sungguh seronok! Pengalaman baru beraya di negeri orang. Sekali sekala tukar angin merasa beraya luar dari Klate ok jugak!!!

p/s : sila layan gambar yang tak seberapa…. :-)

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv