Selamat Hari Lahir En.Hubby…

30hb lepas adalah besday En.Hubby, hari ini baru sempat nak taip blog. Tahun ni kami sambut awal sehari memandangkan Selera Tok Ku dah mula beroperasi hari ni. For sure la bila dah back to work, En.Hubby memang tak dapat nak join sebarang xtvt. Tahun ni kami celebrate besday En. Hubby kat New Horizon Garden. Siang hari dah call awal-awal, booking tempat & order untuk dinner. At first, plan nak ke Haza Bistro, tapi Arisya nak ke New Horizon…so terus tukar plan. (mcm la besday dia, memandai nak set venue!)

Bergerak ke New Horizon Garden lepas solat Maghrib, sampai kat sana dalam 8.10 malam. Food sumer dah ready terhidang, tunggu masa untuk dimakan saja! Antara lauk yang kami order ialah sup Lala, siakap 3 rasa, udang celup tepung & prawn butter. Untuk minum, En. Hubby pilih chinese tea, Arisya air sirap & fresh orange untuk saya. 

Selain dari prawn butter, 3 jenis menu yang lain tu adalah pertama kali kami order. Nasib baik sumer sedap! Especially sup lala. Pasnih nak try buat kat rumah. Cuma agak kecewa dengan prawn butter, kurang menjadik dari sebelum nih. Chef sudah bertukar kah?

Both besday boy & saya siap makan bertambah lagik! Huhuhuhu…. Dah nama pon sambut besday setahun skali kan! :-P Overall, kami semua sangat kekenyangan, dan paling penting En.Hubby tersangat puas hati dengan menu yang diorder. Alhamdulillah…

Sedikit ucapan untuk En.Hubby,

“Selamat Hari Lahir, semoga diberkati & dirahmati Allah selalu & menjadi hamba Allah yang soleh,Amin!”

 

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv