My 1st Reward

Awal-awal join bisnes PB dulu, first time dapat bonus hati sangat lah berbunga riang. Senyum lebar jer masa check balance dalam akaun. First thing terlintas dalam hati, benda apa yang nak dibeli dengan duit 1st bonus tuh. Kebetulan masa tuh Samsung Galaxy Tab 7.0 baru jer released. Time tu hati duk berbelah bagi samada nak beli iPad @ Galaxy Tab. Lepas bincang dengan En. Hubby, saya decided untuk beli Samsung Galaxy Tab sebab saiz nya yang lebih kecik, cute & comel. Easy to carry & mudah nak sumbat dalam handbag.

Alhamdulillah berjaya membeli Samsung Galaxy Tab 7.0 dengan hasil duit bonus pertama thru bisnes PB. Sangat bangga okeh sebab tak payah mintak duit dengan En.Hubby pon. Ini adalah satu kepuasan untuk diri saya sendiri serta agak bangga jugak dengan pencapaian pertama thru bisnes PB. Maklumlah saya hanya SAHM, bukan seperti kawan-kawan yang makan gaji, every month dapat gaji. Nak berjoli sakan pon tak kesah sebab mereka ada income sendiri. Lain kes dengan saya nih, dengan status SAHM ni, satu pencapaian jugak la dapat beli Samsung Galaxy Tab dengan duit sendiri kan!!! 

Saya nih orang yang jenis kalau nak beli apa-apa suka guna usaha & duit sendiri, kalau boleh memang tak nak susahkan En. Hubby pon. Bagi saya bila kita dapatkan sesuatu barang dengan usaha & duit sendiri, kita akan lebih menghargai barang tersebut compared dengan barang yang orang bagi kat kita.  Dia punya sentimental value tuh susah sangat nak describe & explain. Alhamdulillah dengan adanya Samsung Galaxy Tab ini telah banyak memudahkan keja saya samada untuk check email, fesbuk, instagram & yang paling penting dapat update blog. Secara tak langsung first reward ini menaikkan lagi semangat saya untuk lebih komited ber ‘online business’ dimana semuanya hanya di hujung jari sahaja!

Wanna be my patner, gimme a call ladies. Jangan tangguh-tangguh untuk mulakan your first step. Siapa tau dengan langkah pertama yang anda ambil mampu merubah segala-segalanya.

 

Samsung Galaxy Tab 7.0

Samsung Galaxy Tab 7.0

 

Sumber gambar : http://goo.gl/cVjTd, http://goo.gl/Q7IBz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv