Pantai Melawi

Cuti sekolah lepas kami adik beradik sempat meluangkan masa berpiknik di Pantai Melawi yang terletak dalam jajahan Bachok. One of my sista yang rekemen Pantai Melawi ni, sajer nakkan sedikit privacy. At first plan nak ke Pantai Dalam Rhu, Pasir Putih. Last minute kensel plan sebab kat situ pengunjung agak ramai. Bergerak ke sana lepas Zuhur dalam pukul 2 petang. Angkut semua nasik & lauk pauk bagai sebab nak feeling-feeling lunch sambil di tiup angin sepoi-sepoi bahasa dari pantai katanya. Haha!!!

Sampai jer kat sana, nasib baik takder orang. (sapa lah yang nak pegi beach tengah hari buta kan!). Apalagi, kitaorang conquer la pantai tuh buat macam kami yang punya kan! Lepas semua dah kekenyangan lunch… kanak-kanak terus la proceed acara mandi pantai & korek pasir & cari ketam. Manakala kaum ibu pulak proceed ke acara bergossip. Antara isu & topik panas hari tuh adalah mengenai politik! Haha…dah macam bersidang kat dalam Parlimen pon ada! Semua semangat dengan hujah masing-masing. Bukan senang kami nak get together macam nih. Peluang yang ada memang guna sebaik-baiknya.

Bertolak balik ke rumah lebih kurang pukul 6 petang. Arisya & Aariz la yang paling hepi sebab dapat pegi beach dengan sepupu-sepupu yang duk jauh di KL. Bukan selalu dapat join diaorang kan. Mama nyer hepi sebab dapat habiskan masa dengan kakak-kakak yang memang payah nak berjumpa. Syukur & hepi dapat peluang habiskan masa berkualiti dengan family macam ni.

# Ini jer gambar yang sempat snap. Sori anakku, mama bz bergossip! :P

Aariz Melawi

Arisya Melawi

ArisyaAriz Melawi

"Infinite Love"

“Infinite Love”

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv