Ayam Halia

Ayam Halia

Ayam Halia

 

Bahan-Bahan

Ayam – digaul bersama garam

Bawang putih & bawang merah – ditumbuk/dikisar

Bawang Besar – dimayang

Halia – dimayang

Daun sup & daun bawang (utk hiasan) – di hiris/dimayang

Sos tiram, gula, garam

 

Cara membuat

1) Goreng ayam terlebih dahulu. Pastikan tidak terlalu masak untuk rasa yang lebih sedap & juicy.

2) Angkat ayam & ketepikan, tumiskan bawang putih & merah yang ditumbuk sehingga naik bau.

3) Masukkan halia & bawang besar. Biarkan seketika sehingga garing.

4) Masukkan sos tiram, gula & garam dan di kacau sebati.

5) Masukkan ayam yang telah digoreng, diikuti daun sup & bawang. Gaul/kacau selama 2 minit.

6) Sedia untuk dihidang.

 

# Bahan-bahan di atas adalah mengikut sukatan pembaca sendiri.

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Ayam Halia”

  1. Zu says:

    Sedapnyaaa nampak, boleh cuba ni.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv