Hotel Perdana

Setelah beberapa tahun melalui fasa pengubahsuaian, akhirnya Hotel Perdana yang bertempat di Kota Bharu Kelantan memulakan operasi secara rasmi pada pertengahan bulan Julai (bulan Ramadhan). Perfect timing untuk anak-anak perantau & pelancong yang bakal pulang beraya pada Syawal nanti. En.Hubby bermurah hari menaja kami bermalam di sana pada hari ke-3 hotel dibuka kepada orang awam. Tapi kurang bernasib baik kerana hanya bilik Presidential Suite yang dibuka untuk menginap. Lain-lain bilik masih belum dibuka untuk umum.

Sedikit info mengenai Hotel Perdana :

Hotel Perdana telah melalui proses major transformation into 5 star hotel. Berada di tengah bandar Kota Bharu & berdekatan dengan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Lokasi yang amat strategik kerana berada di kawasan berhampiran Pejabat Kerajaan, shopping areas, Hospital Pakar Perdana & Hospital Raja Perempuan Zainab. Hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Setiap bilik dilengkapi IDD telephone, LCD TV, Minibar, Iron & Ironing board, Individually controlled air-conditioner & In-room electronic safe.

Kategori bilik terbahagi kepada Classic Wing & Executive Wing. Untuk kategori Classic Wing terdapat Superior Classic, Deluxe Classic, Premier & Deluxe Premier. Manakala untuk kategori Executive Wing pula terdapat Perdana Executive, Perdana Suite, Presidential Suite & The Royal Suite. Untuk menjamu selera pula, terdapat Cerana coffee house, Jade Chinese restaurant, Eleven roof top restaurant, Rebab Cafe (lobby lounge) & Anjung terrace. Manakala Dewan Bunga Emas merupakan grand ballroom yang dapat memuatkan 500 orang.

#Pada yang baru pertama kali akan menginap di Hotel Perdana, bolehla review gambar-gambar dari koleksi preibadi saya. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.

 

Lobby Utama

Lobby Utama

Peace dulu sementara tunggu Baba check-in

Peace dulu sementara tunggu Baba check-in

Lobby 2

Lobby 2

Room 1

Presidential Suite

Room 2

Presidential Suite

Room 3

Presindential Suite

Bathroom 1

Bathroom 2

Bathroom 3

Pool

Sanggup bangun pukul 8 pagi sebab nak mandi pool.

Sanggup bangun pukul 8 pagi sebab nak mandi pool.

Muka happy dpt mandi pool.

Muka happy dpt mandi pool.

 

 

 

 

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Hotel Perdana”

  1. Hana says:

    Hi, u ada phone no untuk this hotel tak? Tq

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv