Ho Chi Minh City, Vietnam

Alhamdulillah di beri peluang & kesempatan oleh Allah menjejakkan kaki ke Vietnam bersama family. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Akhirnya merasa jugak menjejakkan kaki di bandar Ho Chi Minh yang terkenal dengan fabrik yang maha murah iaitu kain cotton, telekung sembahyang serta kain ela/meter untuk buat jubah atau kot/blazer.

Antara tempat wajib yang sempat kami singgah adalah Ben Thanh Market, Saigon Central Post Office serta banyak lagi tempat menarik  ( tak larat nak tulis semua) . Berhadapan Saigon Central Post Office terdapat gereja yang diberi nama Notre Dame Cathedral. Lokasi ini merupakan tempat favourite pasangan pengantin baru melakukan outdoor photoshoot. Sepanjang lebih kurang 20 minit di sana, lebih kurang 10 couple yang sporting sedang beraksi depan kamera di saksikan pelancong-pelancong. Leka tengok aksi & pose mereka.

Sepanjang 2 hari kat sana kami menjamu selera di Kampung Melayu Halal Restaurant & Halal Saigon Seri Penang Restaurant yang mana pemiliknya adalah orang Malaysia iaitu Datuk Helmy. Review peribadi saya untuk 2 kedai tersebut biasa-biasa sahaja, takder satu pon menu yang boleh di katakan ‘WOW’. Hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia kami sempat makan tengahari di Banana Leaf @ Saigon. Masya allah, last day nak balik baru dapat rasa makanan yang tersangatlah sedap. Semua lauk pauk kena jer dengan dengan tekak kami. Sori sebab langsung tak teringat nak snap gambar sebab excited sangat makan. Eheh!

Sepanjang berada kat sana selama 3 hari 2 malam, kami tersangat lah enjoy & paling penting excited sebab harga barang kat sana teramat la murah. I bet semua wanita yang pegi sana mesti hilang pedoman kejap bila tengok telekung sembahyang, kain cotton & aneka baju ready to wear. Oh ya, anda juga boleh menempah any baju kurung/jubah/kot/blazer yang mana tempahan anda akan siap pada keesokan harinya. Penjual kat Ben Thanh Market sendiri yang akan hantar terus ke tempat hotel kita menginap. Jangan risau anda akan ditipu sebab so far belum ada kes pelancong ditipu. Ini disahkan sendiri oleh tourist guide kami iaitu Steven.

# Sila scroll down untuk aneka gambar yang sempat saya snap.

Tan Son Nhat International Airport (TIA)

Tan Son Nhat International Airport (TIA)

Yeay...dah sampai Vietnam.

Yeay…dah sampai Vietnam.

First pit stop - Lunch dulu kat sini.

First pit stop – Lunch dulu kat sini.

Itulah owner restoran - Datuk Helmy (org M'sia)

Itulah owner restoran – Datuk Helmy (org M’sia)

Ben Thanh Market

Ben Thanh Market

A must drink - Glosyan coffee

A must drink – Glosyan coffee

Saigon Central POst Office

Saigon Central Post Office

Notre Dame Cathedral Vietnam

Notre Dame Cathedral Vietnam

 

20131206_180016

Dinner kat Saigon Seri Penang Halal Restaurant

Dinner kat Saigon Seri Penang Halal Restaurant

Boarding time...

Boarding time…

Touched down @ KLIA, Malaysia. Alhamdulillah...

Touched down @ KLIA, Malaysia. Alhamdulillah…

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv