Lily Labah-labah @ Crinum


Juga dikenali sebagai Pokok Bakung atau Hyemenocallis. Terpanggil untuk berkongsi khasiat pokok Lily Labah-labah ini. Digunakan sebagai rawatan alternatif/tradisional untuk merawat bisul, kuku cekam, jerawat, resdung & bengkak-bengkak. 

Cara-cara untuk merawat bisul

  • Tumbuk beras
  • Tumbuk kunyit (ambik bahagian mata kunyit)
  • Tumbuk daun pokok Lily Labah-labah
  • Gaulkan semua bahan diatas
  • Tekapkan di bahagian bisul

Cara-cara untuk merawat jerawat, resdung & bengkak 

  • Tumbuk beras
  • Tumbuk daun pokok Lily Labah-labah
  • Gaulkan semua bahan diatas
  • Lumurkan dimuka

Cara-cara untuk merawat kuku cekam

  • Tumbuk daun pokok Lily Labah-labah
  • Perahkan air, kemudian titikkan di bahagian kuku. 
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv