Catatan Haji – Part 1

Hati rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengerjakan haji pada tahun 2016. Moga apa yang bakal dikongsikan di sini dapat memberi manfaat & juga sedikit gambaran kepada bakal jemaah yang terpilih menjadi duyufurrahman. Moga Allah swt sentiasa menjaga hati saya dari wujud sebarang rasa riak & takbur atas apa yang bakal saya tuliskan nanti.

Perlu di ingatkan apa yang akan saya coretkan nanti adalah dari pengalaman saya sendiri. Adalah suka saya ingatkan bahawa setiap jemaah haji nanti kemungkinan akan berdepan situasi & merasai pengalaman berbeza. Sekiranya penulisan saya nanti dapat memberi manfaat kepada anda maka ambil lah ia sebagai panduan. 

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah & yang buruk itu adalah dari kekhilafan saya sendiri…

Tarikh penerbangan saya adalah pada 13 Ogos 2016 iaitu KT18T. Huruf ‘T’ di hujung merujuk kepada airport Terengganu dimana tempat jemaah berlepas. Kami dibawa ke Madinah terlebih dahulu. 

Ini adalah tag ID diri jemaah haji yang perlu dipakai sepanjang masa. Sekiranya jemaah yang sesat @ tersasar jauh & tak dapat jumpa jalan untuk balik ke hotel, tag inilah akan menjadi panduan.

Hanya tunjuk tag ini kepada individu yang ingin kita minta bantuan. Biasanya jika ada jemaah haji Malaysia yang tersasar, mereka akan minta bantuan dari jemaah haji dari Malaysia juga. 

Pengalaman saya sendiri, selesai solat Asar di Masjid Nabawi. Datang seorang makcik yang juga jemaah dari Malaysia dengan muka hampir menangis. Beliau sedang mencari anak lelaki yang sepatutnya ada menunggu beliau di kali lima kedai-kedai. Kami sepakat untuk menghantar Makcik tersebut pulang ke hotel (berdasarkan maklumat yang tertera di tag). Ketika dalam perjalanan ke hotel, datang seorang lelaki iaitu anak lelaki Makcik itu. Alhamdulillah…Makcik tersebut telah selamat berjumpa kembali dengan anaknya. 

Dalam penerbangan ke Madinah

Excited…dari atas boleh nampak Madinah

Landed @ Prince Muhammad Bin Abdul Aziz International Airport

Prince Muhammad Bin Abdul Aziz International Airport

Bas yang akan membawa jemaah haji ke hotel


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv