Tiba di Hotel Al-Haram pada waktu zohor. Ketika dalam bas, hati teruja dapat melihat begitu ramai orang berpusu-pusu baru keluar dari Masjid Nabawi. Jika di Malaysia, situasi begitu kita hanya dapat lihat pada hari Jumaat (solat Jumaat). Betapa mereka yang berada di sini (Madinah) amat menitik beratkan & berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Subhanallah…
Memandangkan kami tiba di hotel pada waktu zohor/lunch. Maka pihak TH mengarahkan kami untuk terus lunch sebelum naik ke bilik masing-masing.
Selesai makan, kami diarahkan untuk mencari bilik masing-masing berpandukan maklumat yang tertera di ID tag. Dah dapat kunci bilik, dah letak semua beg & bersihkan diri, saya bersiap-siap untuk solat Asar berjemaah di Masjid Nabawi.
Perasaan ketika itu tersangat excited, tak sabar nak jejak kaki & menyaksikan sendiri Masjid Nabi iaitu masjid kedua paling suci bagi umat Islam. Double excited kerana didalamnya juga terdapat Makam Rasululullah SAW.