Catatan Haji – Raudhah

Flow ke Raudhah 
Bagi jemaah wanita, terdapat 3 sesi untuk memasuki Raudhah iaitu pada waktu pagi (selepas Subuh), pada tengah hari (selepas solat Zohor) & pada waktu malam (selepas solat Isyak). 

Ada banyak peringkat & steps untuk memasuki Raudhah. Jemaah dari negara Malaysia 🇲🇾, Brunei 🇧🇳, Indonesia 🇮🇩 & Thailand 🇹🇭 akan diletakkan dalam kumpulan berbahasa melayu. Anda akan duduk di dalam ruang menunggu yang telah disediakan. 
Untuk pastikan kita berada dalam kumpulan yang betul, perhatikan sign yang dipegang oleh petugas Masjid Nabawi (rujuk gambar di bawah). Sabar & tunggu arahan selanjutnya. 
Kawasan Raudhah ditandakan & dipisahkan dengan karpet berwarna hijau. Ruang bagi jemaah di dalam Raudhah sangat terhad & bersesak-sesak. Jangan ambil masa yang lama untuk berdoa. Jika list doa yang akan dibaca itu panjang, seeloknya cari lah tempat yang tidak menghalang laluan jemaah lain. 
Tips ke Raudhah 

• Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan urusan

• Banyakkan bersabar 

• Jangan pentingkan diri sendiri

• Tolong menolong sesama jemaah

• Jangan ambil masa yang lama ketika solat
Pengalaman sendiri semasa di dalam Raudhah, ketika itu saya & adik ipar sedang menunggu & ‘cover’ ibu mertua solat. Datang 2 orang jemaah Indonesia merayu minta izin untuk tumpang solat ditempat ibu mertua. Kebetulan sebelah ibu mertua ketika itu ada jemaah kulit hitam sedang menunggu rakannya solat. 
Ketika saya & adik ipar mengangguk tanda beri izin, secara tiba-tiba kami dirempuh oleh sekumpulan jemaah yang datang dari arah belakang. Nyaris ibu mertua & jemaah kulit hitam yang sedang solat dipijak. Secara spontan kami berpegangan tangan & membuat bulatan untuk melindungi ibu mertua & jemaah kulit hitam. Ketika itu tidak timbul isu berlainan bangsa, negara & warna kulit. Kita semua adalah saudara. Terbit rasa insaf & sebak dalam hati.

Sudah hampir dengan Raudhah

Lampu di dalam Raudhah

Karpet hijau menandakan anda sudah berada di dalam Raudhah

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv