Pihak pengurusan Tabung Haji menyediakan makanan untuk para jemaah sepanjang berada di Madinah & di Mekah. Makanan yang disediakan oleh pihak TH sebanyak 2x sehari iaitu untuk makan tengahari (11pg-2ptg) & makan malam (6ptg-9.30mlm). Makan pagi pula atas inisiatif para jemaah haji sendiri.
Kebiasaannya jemaah akan membeli sarapan pagi di kedai-kedai sepanjang jalan dalam perjalanan balik dari Masjidil Haram ke hotel masing- masing. Bagi jemaah yang tidak ke Masjidil Haram, kantin di setiap hotel juga ada menjual makanan. Kedai makan di sekitar hotel juga banyak pilihan makanan yang boleh dibeli.
📌 Makanan disana dijual dengan portion yang banyak. Biasanya Nasi Arab boleh share 2-3 orang.