Sizzling Yee Mee

Bahan-bahan

  • Yee Mee (rendam air panas 10-15 minit)
  • Shitake (potong & rendam 1/2 jam)
  • Halia (dipotong halus)
  • Bawang Putih (dimayang)
  • Lada Kering (dipotong kasar)
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Telur (goreng telur mata)
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Tepung jagung
  • Siew Pak Choy (dicelur)

Cara Memasak

  1. Tumiskan bawang putih & halia sehingga naik bau kemudian masukkan lada kering & gaulkan.
  2. Masukkan kicap pekat & kicap manis kemudian masukkan ayam. Gaulkan & biarkan seketika.
  3. Masukkan shitake & sedikit air.
  4. Masukkan tepung jagung. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.

🌷 Masukkan Yee Mee ke dalam pinggan, tuangkan kuah yang siap dimasak. Untuk hiasan, letakkan telur mata bersama siew pak choy.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv