Paduka Cik Siti Wan Kembang

CIKSITIWANKEMBANG.COM dipilih sempena Paduka Cik Siti Wan Kembang sebagai simbol kepada semangat dan tersohornya beliau sehinggakan meniti di bibir sesiapa sahaja jolokan Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darul Naim.

Selain jelitawan dan pemerintah di zaman beliau, pencapaian yang dibawa beliau terutamanya dalam perdagangan di Kelantan satu masa dahulu juga menarik minat saya disamping memberikan satu cetusan inpirasi yang berpanjangan dan lain macam!

Umum diketahui ramai bahawa kaum hawa di Kelantan merupakan antara tonggak utama pemacu ekonomi dan pasti ada sahaja nama-nama dari kalangan wanita Kelantan timbul terutama sebagai contoh kejayaan dalam bidang perniagaan. Baik dari perniagaan kecil-kecilan di rumah, tepi jalan, peniaga dalam pasar, pasar malam, restoran, carwash hinggakan kepada jualan langsung, butik, franchisee, syarikat korporat serta badan-badan kerajaan pasti tidak sunyi dari kecemerlangan dan betapa agresifnya wanita Kelantan bekerja!

Blog ini akan secara khusus, mengetengahkan kehebatan pembangunan ekonomi dan kuasa membeli yang besar di Kelantan di samping pembangunan modal insan yang sekata. Bukan ingin bersifat kenegerian, namun seringkali hati kecil ini meronta mendengar banyak perkara negatif tentang Kelantan selama saya mula keluar dari Kelantan untuk melanjutkan pengajian tinggi dan persepsi negatif itu 100% dapat ditukar tanpa sebarang perdebatan apabila dibawa sendiri yang berkata-kata itu melihat dan merasai apa itu Kelantan.

 

Bacaan dan rujukan lanjut:

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Cik Siti Wan Kembang – Wikipedia Bahasa Melayu
Sejarah Kelantan – Wikipedia Bahasa Melayu
YM Tengku Arisya & Tengku Aariz – Salasilah Gabungan Kelantan & Terengganu
Ibnu Hasyim: Kisah Cik Siti, Puteri Dan Seekor Kijang
Aku Sempoi: Cik Wan Kembang, Bukan Cik Siti Wan Kembang
Tongkat Ali: CSWK Atau CWK Di Antara Sejarah, Lagenda & Mitos

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv