39๐ŸŒน



7 October – officially a year older, Alhamdulillah. Amazing husband never fails to surprise me. Thank you dear soulmate. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Bubur Lambuk


Bahan-bahan

  • Bawang Putih-Bawang Merah
  • Halia
  • Lada Hitam
  • Ikan Selayang
  • Ikan Kering gelama
  • Pucuk Miding
  • Beras
  • Kicap Sotong

Cara memasak 

  • Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang siap ditumbuk. 
  • Biarkan sehingga garing kemudian masukkan air. 
  • Masukkan beras dan ikan kering. Biarkan sehingga mendidih & โ€˜pecah butirโ€™. 
  • Keluarkan ikan kering & asingkan tulang. 
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk. -Masukkan ikan selayang rebus yang siap dikisar. 
  • Masukkan ikan kering & pucuk miding. 
  • Perasakan dengan garam & kicap sotong secukup rasa. 
  • Siap untuk dihidang. 

Kung Pao Ikan Merah



Bahan-bahan

  • Ikan Merah (dibuang tulang)
  • Halia (dimayang)
  • Sos tiram
  • Sos Tomato
  • Kicap
  • Black pepper
  • Garam
  • Bawang putih (dimayang)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Lada Kering

Cara Memasak

  • Lumurkan tepung pada isi ikan merah & goreng. Kemudian toskan.
  • Tumiskan halia, lada kering, bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan kicap, sos tiram & sos tomato.
  • Masukkan air & kacau sebati.
  • Masukkan serbuk blackpepper & garam.
  • Masukkan ikan merah yang siap digoreng biarkan seketika (5 minit).
  • Tutup api & sedia untuk dihidang.

Catatan Haji – Makanan

Pihak pengurusan Tabung Haji menyediakan makanan untuk para jemaah sepanjang berada di Madinah & di Mekah. Makanan yang disediakan oleh pihak TH sebanyak 2x sehari iaitu untuk makan tengahari (11pg-2ptg) & makan malam (6ptg-9.30mlm). Makan pagi pula atas inisiatif para jemaah haji sendiri.

Kebiasaannya jemaah akan membeli sarapan pagi di kedai-kedai sepanjang jalan dalam perjalanan balik dari Masjidil Haram ke hotel masing- masing. Bagi jemaah yang tidak ke Masjidil Haram, kantin di setiap hotel juga ada menjual makanan. Kedai makan di sekitar hotel juga banyak pilihan makanan yang boleh dibeli.

๐Ÿ“Œ Makanan disana dijual dengan portion yang banyak. Biasanya Nasi Arab boleh share 2-3 orang.

Catatan Haji – Raudhah

Flow ke Raudhah 
Bagi jemaah wanita, terdapat 3 sesi untuk memasuki Raudhah iaitu pada waktu pagi (selepas Subuh), pada tengah hari (selepas solat Zohor) & pada waktu malam (selepas solat Isyak). 

Ada banyak peringkat & steps untuk memasuki Raudhah. Jemaah dari negara Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ, Brunei ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ, Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ & Thailand ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ akan diletakkan dalam kumpulan berbahasa melayu. Anda akan duduk di dalam ruang menunggu yang telah disediakan. 
Untuk pastikan kita berada dalam kumpulan yang betul, perhatikan sign yang dipegang oleh petugas Masjid Nabawi (rujuk gambar di bawah). Sabar & tunggu arahan selanjutnya. 
Kawasan Raudhah ditandakan & dipisahkan dengan karpet berwarna hijau. Ruang bagi jemaah di dalam Raudhah sangat terhad & bersesak-sesak. Jangan ambil masa yang lama untuk berdoa. Jika list doa yang akan dibaca itu panjang, seeloknya cari lah tempat yang tidak menghalang laluan jemaah lain. 
Tips ke Raudhah 

โ€ข Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan urusan

โ€ข Banyakkan bersabar 

โ€ข Jangan pentingkan diri sendiri

โ€ข Tolong menolong sesama jemaah

โ€ข Jangan ambil masa yang lama ketika solat
Pengalaman sendiri semasa di dalam Raudhah, ketika itu saya & adik ipar sedang menunggu & ‘cover’ ibu mertua solat. Datang 2 orang jemaah Indonesia merayu minta izin untuk tumpang solat ditempat ibu mertua. Kebetulan sebelah ibu mertua ketika itu ada jemaah kulit hitam sedang menunggu rakannya solat. 
Ketika saya & adik ipar mengangguk tanda beri izin, secara tiba-tiba kami dirempuh oleh sekumpulan jemaah yang datang dari arah belakang. Nyaris ibu mertua & jemaah kulit hitam yang sedang solat dipijak. Secara spontan kami berpegangan tangan & membuat bulatan untuk melindungi ibu mertua & jemaah kulit hitam. Ketika itu tidak timbul isu berlainan bangsa, negara & warna kulit. Kita semua adalah saudara. Terbit rasa insaf & sebak dalam hati.

Sudah hampir dengan Raudhah

Lampu di dalam Raudhah

Karpet hijau menandakan anda sudah berada di dalam Raudhah

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv